Kenali Komputer bersama Tabika Kemas Kg Quop

20 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2018, telah berlangsung program bersama adik-adik digital Tabika Kemas Kq Quop. Mereka terdiri daripada pelajar 4 hingga 6 Tahun yang sedang menuntut di Tabika Kemas Kampung Quop. Tujuan program dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang asas-asas komputer dan aplikasi-aplikasi atas talian yang menarik dan mudah untuk proses pembelajaran mereka seperti mewarna digital, mengenali huruf, mengenal operasi tambah dan tolak. Pelajar sangat gembira dengan program tersebut kerana mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali